Ketika kamu sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu. Jika kamu fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja..Allah sedang menunggu bersama-samamu..Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kamu merasa tertekan..Allah bersamamu untuk menenangkanmu..Ketika kamu fikir bahawa kamu sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..Allah mempunyai jawapannya…Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kamu merasa ingin mengucap syukur. Allah telah pun memberkatimu… Ketika kamu merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu..Allah sentiasa berada di sampingmu..Jika tiba-tiba kamu dapat melihat jejak-jejak harapan..Sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu..Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kamu dipenuhi ketakjuban..Allah akan tersenyum kepadamu..Ketika kamu memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi..Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu… Oleh itu ingatlah bahawa di manapun atau ke manapun kamu berada..Allah akan mengetahui dan sentiasa berada di sampingmu…
No comments:
Post a Comment