Pernahkah anda
mendengar tentang hisbah? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hisbah?
Mari kita bersuai kenal dengan hisbah. Hisbah
merupakan sebuah konsep dan doktrin yang lahir daripada ajaran Islam. Ia
dikatakan demikian disebabkan pensyariatannya adalah berasaskan al-Qur’an
al-Karim yang mengajak manusia melakukan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an
al-munkar. Menurut Al-Mubarak Muhammad, hisbah juga merupakan satu
bentuk manifestasi kepada pelaksanaan tuntutan syarak dengan berasaskan
al-Qur’an dan Hadith.
Lazimnya, dalil-dalil dalam al-Qur’an al-Karim yang
menyentuh seruan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar merupakan dalil
yang menuntut pelaksanaan hisbah. Sebagai contohnya dapat dilihat menerusi firman Allah SWT
yang bermaksud:
Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu
segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma‘ruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah
orang-orang yang beruntung.
(Ali ‘Imran, 3:104)
Demikian merupakan
pengenalan tentang hisbah. Insha Allah perbincangan hisbah dengan
lebih lanjut akan dikongsikan dalam entry berikutnya.