Wednesday, March 18, 2015

MENGENALI HISBAH

Pernahkah anda mendengar tentang hisbah? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hisbah? Mari kita bersuai kenal dengan hisbah. Hisbah merupakan sebuah konsep dan doktrin yang lahir daripada ajaran Islam. Ia dikatakan demikian disebabkan pensyariatannya adalah berasaskan al-Qur’an al-Karim yang mengajak manusia melakukan al-amr bi al-ma‘ruf wa al-nahy ‘an al-munkar. Menurut Al-Mubarak Muhammad, hisbah juga merupakan satu bentuk manifestasi kepada pelaksanaan tuntutan syarak dengan berasaskan al-Qur’an dan Hadith.

Lazimnya, dalil-dalil dalam al-Qur’an al-Karim yang menyentuh seruan al-amr bi al-maruf wa al-nahy an al-munkar merupakan dalil yang menuntut pelaksanaan hisbah. Sebagai contohnya dapat dilihat menerusi firman Allah SWT yang bermaksud:

Maksudnya:  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah daripada yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.

(Ali ‘Imran, 3:104)

Demikian merupakan pengenalan tentang hisbah. Insha Allah perbincangan hisbah dengan lebih lanjut akan dikongsikan dalam entry berikutnya.

No comments:

Post a Comment