Friday, August 11, 2017

Kembali Mengasah Pena dan Minda

Sekian lama ruangan ini dibiarkan kosong dan bersawang tanpa sebarang coretan. Hari ini, tiba-tiba teringin untuk melihat kembali blog yang dibina ini terisi dengan sesuatu coretan dan pengisian. Mujurlah masih ingat password, alhamdulillah.

Sekadar ingin berkongsi ilmu, hari ini dalam program Tarbiyah Pengarah ISDEV, Dr. Zakaria selaku Pengarah mengingatkan akan kepentingan untuk merealisasi dan membangunkan TAKWA dalam konteks diri dan institusi.

Apa yang perlu dilaksanakan diperingkat diri adalah paling kurang dengan melaksanakan:
1. Ingat dua perkara (Kebaikan orang pada kita dan kesalahan @ kejahatan kita pada orang)
2. Lupakan dua perkara (Kesalahan @ kejahatan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang)
3. Menyukai apa yang Allah suka
4. Membenci apa yang Allah benci

Diperingkat institusi, amalan-amalan diperingkat diri ini perlu dibangunkan disamping membangunkan juga beberapa amalan lain secara berjemaah dan istiqamah iaitu:
1. Tunaikan perkara fardhu
2. Amalkan amalan-amalan utama
3. Melaksanakan ibadah umum
4. Membangunkan tabung infaq umum ISDEV

InsyaAllah, moga amalan-amalan ini dapat dibangunkan oleh semua warga ISDEV agar turun keberkatan dan bantuan Allah kepada ISDEV disamping beroleh manfaat juga diperingkat individu, aameen.

Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment